Friday 11 January 2013

Bersama Program Perjuangan Masyarakat Patani Selatan Thai

Suatu program Perjuangan Masyarakat Patani di Selatan Thai akan diadakan seperti berikut

Tarikh: 28 Januari 2013
Hari: Isnin

1. Kuliah Subuh di Masjid Tanjong Rambutan
2. Kuliah Maghrib di Masjid Taman Kledang Jaya

Bersama program Kuliah adalah sesi penerangan Jihad Fi Sabilillah para pejuang Patani di Selatan Thai.

Program dianjurkan bersama oleh MAPIM dan JAMAIY  

Sunday 6 January 2013

Dilema Banjir di Kampung Kolam, Sungai Choh, Sungai Pinji Dan Sungai Kinta?

1. Terkadang kebijaksanaan akademik yang dimiliki oleh wakil rakyat kita hilang dinamiknya apabila mereka terus mencabar kuasa airmata yang mengalir?

2. Inilah kiah tentang kenapakah sering terjadinya banjir di Kampung Kolam di Tanjong Rambutan.

3. Mustahil sekali jika wakil rakyat kita tidak mengetahui tentang sejarah Sungai Choh kita ini. Ikutilah kiah aliran asal Sungai Choh di sini

4. Dan kisah tentang isu banjir di Manjoi pula ikutilah di sini;

5. Dan seterusnya tentang rintihan banjir di Kampung Kolam di sini;

6. Persoalannya? Di manakah tindakan yang sepatutnya dibuat oleh wakil rakyat kita? Cadangan penyelesaian telah pun diajukan namun kenapakah ianya dipandang sepi?

7. Barangkali sudah penat memerintah selama empat penggal. Lalu lebih baik mereka berehat dan beri laluan kepada suara-suara baru yang kuat tenaganya.

Sunday 30 December 2012

YB Dato' Husni Hanadzlah bakal Calon di DUN Hulu Kinta

Desas-desus yang kuat mengatakan bahawa YB Dato' Haji Husni Hanadzlah akan bertanding di DUN Hulu Kinta semakain kuat bergoncang. Beliau dijangka akan mengetuai Barisan Nasional Perak untuk memenangi politik Perak dan seterusnya bakal diangkat sebagai Menteri Besar Perak.

Saturday 29 December 2012